A Locum, short for locum tenens ("holding the place," akin to lieutenant), is a person who temporarily fulfills the duties of another. For example, a Locum
doctor
is a doctor who works in the place of the regular doctor when that doctor is on holiday or ill. These professionals
are still governed by their respective regulatory bodies, despite the transient nature of their positions.

The abbreviated form "locum" is common in Great Britain, Canada, Australia, New Zealand, and most other countries. In the
United States, the full length "locum tenens" is still the favored form of the expression.

Professions where locums are common include:

Comments No Comments »

dah lama tak nulis blog… ari ni… aku mahu share satu cerita tahap gampang kat korang…

sejak seminggu lalu aku mengalami sakit tekat… batuk2… dan selesema… sungguh tidak menyenangkan kerana aku terpaksa bernapas menggunakan mulut pada sesuatu masa… oleh kerana sakit ku yg dah terlalu lama… aku mengambil keputusan untuk ke klinik bg mendapatkan rawatan profesional…

ari senin…jam menunjukkan kul 1030 pg… aku mengambil keputusan tidak masuk kerja untuk ke klinik… aku tepon bui… tanya klinik yg sepatutnya aku pergi… Klinik Asia… beliau beritahu padaku… kat area giant pelangi… aku dgn yakin memandu sebuah motosikal kepunyaan beliau ke tempat yg diberitau…

setiba di pelangi… aku pusing sekitar giant tu… cari klinik yg dimaksudkan bui… namun gagal ditemui… aku call bui semula utk konfemation… beliau hanya kata dekat area maybank… aku terus menawaf blok maybank tue sebanyak 5 kali namun tak jumpa gak…

akhirnya bui memberi cadangan supaya aku bertanya org2 awam disekitar itu… dan aku bertanyalah pada awek shell… dan awek itu memberitahu… klinik asia itu berada berhampiran dgn hotel cristal crown… yg kat jalan besar plak tue… aduh!!!
aku ni xde lesen… bahaya klu bawa kat jln besar… bui mengsms aku mengatakan bahawa boleh pi mana2 klinik… kompeni xkisah… ceh!!! setelah lebih sejam… baru beliau bgtau…

aku menoleh kekanan dan kekiri… meninjau2 klinik yg paling hampir… dan jumpa… Klinik Amar… macam klinik melayu… kata aku dlm hati… aku terus menuju ke klinik tersebut…melupakan klinik asia yg sebelum ini aku cari…

setiba di klinik… aku masuk dgn lagak encem… dan… eh… Dr Jarnail Singh… ceh… rupanya klinik Singh… oleh kerana dh masuk dlm klinik… aku teruskan je… xda org dlm klinik tue…aku terus ke kaunter… mendaftar… 2 org nurse india kat kaunter tu… minta IC aku… aku baru je nak rase kecewa… tampil seorg nurse melayu… comel plak tue… menulis sekeping kad lalu meminta aku duduk menunggu…

xsampai seminit aku duduk… nurse comel td memanggil nama ku untuk bertemu doktor… sambil senyum beliau mempersilakan ku masuk… cair kejap hingus aku… huhuhu… didalam sebuah bilik… doktor tu bertanya… sakit apa?… aku dgn selamba kata… tuan doktor bagitau la saya… saya bukan doktor… mana saya tau sakit apa… doktor tersebut terus memberi satu tumbukan di pipiku… lalu berkata… awak mengalami lebam di pipi… saya kasi ubat sapu dgn paracetamol…
okay… awak boleh ambik ubat dan blh balik… xda mc… tipuuuu… hahaha… aku bgtau doktor aku selsema n batuk… dia kata okey… lalu memeriksa pernapasan aku menggunakan streosekop… lalu berkata… awak tiada lelah… saya kasi antibiotik, ubat selsema dan ubat batuk je…awak boleh kerja ari ni? tanya doktor singh tu… aku dgn hati baik kata… boleh kerja… xda masalah… selepas tu doktor minta aku tunggu luar… aku pun melangkah kepintu utk pergi tempat menunggu… setiba dipintu bilik… aku takblh nak buka pintu… aik!!!… kunci la plak… apa kehalnya… kata aku dlm hati… doktor tersebut lalu berkata… pusing arah jam… aku yg terpinga2 cuba mencari apa yg perlu dipusing… dan jumpa… aku berjaya keluar… buat malu je… nurse comel td senyum je tgok telatah aku nak buka pintu macam nk pecahkan pintu…

sementara aku menunngu ubat siap disediakan… aku nengok macam ade lain macam je… klinik tue takde pesakit selain aku… kat dinding… poster baby… aku think positive… biasa je… aku dh lama xmasuk klinik… xtau perkembangan… selang 5minit… nurse comel memanggil aku ke kaunter… beliau menerangkan tentang ubat2 yg perlu aku makan… aku bukan tgok ubat tue… aku tegok muka dia… bestnya klu dia jd awek aku… kata aku dlm ati… setelah ucapan terima kasih dari beliau… aku terus berlalu keluar ke motor…

sebelum aku memandu pulang… aku melihat semula ubat2 dan resit dgn mengimbau kenangan manis bersama nurse comel td…dlm ati aku berkata… boleh claim medical expense ni… tetapi… aku terkejut… macam nk masuk hospital la plak… bila aku melihat resit tersebut…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

mcmner nak claim ni…

Comments 4 Comments »

sambungan cite banjir…

masa on da way pi dewan… trak askor yg kami naik ni jln pusing kwsn kg aku utk mengambil mangsa2 yg masih sedang menunggu pengangkutan iksan ni… aku tengok ramai gak yg masih tak pindah… dan ade gak umah yg masuk air sikit je… tp yg sedih sekali… bila ade seorg nenek tua nk dipindahkan… peh kecian gila… anak2 takde nk tolong… seb baik jiran ade… kecian siot… dh arr uzur… kena bencana banjir lg… memang sedih…

kehidupan aku kat dewan memang sgt menyeksakan… mkn pun tak lalu ar… bukan kerna makanan tak sedap… first day tue… diorg kasi mkn biskut lemak je… kerna johor first kena banjir nie… n kluang nie jarng banjir besar… so jabatan kebajikan masyarakat tak de sedia apa… mkn apa yg ade la… aku memang makan sikit je… kerna tandas ade 4 je.. 2 utk lelaki…2 utk pempuan… and 1 darinya tade air… jd klu mkn byk pasti akan menghasilkan najis yg banyak… oleh kerna aku ni bijak bagai sang kancil… aku mkn sikit je… jd aku tak perlu la meneran kat dewan tue… hehehehe…

kat dewan nie gak… aku dpt lihat sifat manusia yg sebusuk2 nya… aku pun tak tau nk gelarkan nya apa… sifat tamak manusia nie memang tak mengira siapa… tp yg paling kecewa jika manusia itu bergelar haji and hajah… peh… aku tak mau ngumpat sini… tp moralnya… jika rumah anda tidak banjir, jgn daftar sebagai mangsa banjir… jika rumah anda masuk air paras buku lali, jgn la berlagak macam air paras bumbung rumah… jika anda sudah mendapat bantuan, jgn la disembunyikan barang bantuan yang telah diberikan dan minta lagi bantuan… ceh…

manusia… aku sekeluarga ala kadar je… bukan nk kata baik… tp kami sedar ada yg lg teruk nasib mereka drpd kami… kawasan kg melayu paling dlm paras lutut… tp kawasan kg palembang tue… sampai bumbung umah… aku xdpt bygkan klu rumah aku nie tenggelam… setakat paras lutut je dh sedih…

mlm isnin tue aku tidur dgn berselimutkan cadar yg dipinjamkan oleh asrama anak yatim kluang… tikar yg dipinjamkan oleh masjid kg melayu… toto yg dipinjamkan oleh jabatan kebajikan masyarakat… tidur pun bkn selesa… aku bergilir dgn bapak aku coz muat dua org je tempat aku tidur tu… mengalah kat kluarga yg mempunyai anak kecil yg ramai…

selasa pagi… sedar dh kul 7 pg… klu kat umah aku nk je sambung tidur sampai kul 10 tp apakan daya… kat dewan… dh bising macam pasar… coz banjir ni tidak disangka-sangka… pg tu sarapan roti je… air kopi tawar… seb baik air minuman botol tue adelah persatuan sumbang… aku xmandi pun pg tue walaupun aku tgok ade kuarga dh rasa macam rumah sendiri je… style selamba badak… blh tidur peluk2 mcm takde apa2 je… macam nk siram petrol je… walaupun bru kawin…jgn ar buat camtue sekali… ade gak anak menantu n bapak mentua… tidur sebelah2 macam sedara sedarah sedaging… apa punya manusia ar…

kul 10 pg… aku tgok cuaca cerah… hujan xde turun… aku terpaksa lepak dgn bapak aku… kerna xde budak sebaya aku kat situ yg blh aku ajak borak… dlm kul 11 pg bapak dan ade la 4 org jiran umah aku pakat jguk umah… kul 1230 tghari… bapak aku call aku kate air dah surut… aku tanpa disuruh…dgn otomatiknya bersiap nk blah… tp mak aku stay kerna masih tidak dibenarkan balik… oleh kerna aku xde kenderaan pacuan 4 roda atau 2 roda… so aku berjalan kaki balik… redah je air banjir… letih gila… lawan arus lg… macam nk tercabut lutut…

aku sampai umah tgok air masih paras betis aku… kat dlm umah ar… luar masih paras lutut… first thing bapak aku buat… turun kan tv tgok berita jam 1.30 ptg… aku ngan bapak aku mula kuarkan tikar getah dan cuba buang lumpur… dlm kul 4 ptg… air dh surut… tp kesan lumpurnya tue… xtebal sgt ar kerna kami dh buang dr awal n xkering lagi so agak mudah ar… kami kena timba air kuar dr dalam bilik coz lantai bilik rendah dr ruang tamu… dlm kul 7mlm… kami dpt siapkan sebuah bilik and half dr ruang tamu je… tue pun tak la bersih sgt… barang2 xkemas pun… coz berita lapor hujan sampai jumaat…

mlm tue aku tidur kat kerusi malas je… bapak aku kat bilik…

te mim te…

Comments No Comments »

lama dah aku tak luangkan masa nulis belog nie… bukan takde masa… takde idea je… lol… tp ari nie bukan kerna dh ada idea tp kerna untuk memaklumkan kesemua makhluk yg berstatus kawan2 aku bahawasanya aku masih bernapas lagi di kluang… tak hanyut dibawa arus semasa banjir yg ajaib tempohari… lol… haram habib… boleh kata aku dah hanyut masa banjir… walaupun aku tak reti berenang… Alhamdulillah aku masih mempunyai cukup ketinggian untuk berjalan meredah banjir… lol…

pada waktu ini… keadaan rumah aku dh kembali 60% seperti sebelum banijir… masih ade lagi barang2 yg masih belum dikemas dan belum dibersihkan… untuk mengelakkan bnyak pertanyaan dikemukakan… aku dengan rela hati bercerita kisah air yg membanjiri kawasan perumahan aku…

aku pun dah tak ingat… Dec 11 ke Dec 18… yang pasti ari isnin… pagi kul 8… aku bru bangun tidur… sah tak suboh kerna cuaca yg sejuk menambah kesedapan tidur ku… bangun2 je aku pi depan pintu umah duk perati apa bapak aku tgh buat bercekak pinggang kat situ… bapak aku rupanya sedang melihat hujan yg turun yg masih belum nak reti berenti… bapak aku sound kat aku… dia kate… klu air nie jejak depan pintu kaca nie… kita angkat semua barang… so kami pun melepak tgok air naik sikit2…

kul 9 pagi… mak aku balik dr bank kerna risau air naik… melihat aku n bapak ku yg sedang memerhati air hujan seperti budak kecik mula naik darah… terus sound… suruh kami selamatkan apa yg patut… peh… air pastu tah macamner boleh naik dgn kadar 1cm per minit… kelam kabut kami bertiga mengemas… 10 minit pastue air dh masuk umah… slow jek… selang 20 minit pastue… air dah masuk bilik aku… selang 20 minit… dh merentasi rumah aku… masuk pintu depan kuar pintu belakang pastue masuk balik buat u turn kat depan bilik air pastue ntah apa lagilah…

kul 12 tghari… aku n bapak aku masih lepak kat umah… naikkan mesen basuh dan acesebok… daripada tambah satu batu bata kat setiap kaki acebok sampai 4 biji batu bata tp air masih nak masuk gak dlm acesebok aku tue… asam sungguh… oleh kerna tensen yg amat sgt… aku n bapak aku angkat naik atas kabinet dapur… selamat… mak aku masa tue lepak kat balai raya depan umah aku…

kul 2 ptg air naik lagi… balai raya pun dh masuk air… polis dh bagi amaran untuk pindah… mak aku dan jiran dh gerak pi stesen bas depan umah aku nie yg macamner masih tak banjir lg… tp aku rase aras bawah tanah plaza bcb tue dh tenggelam kot…tak tau la…aku takde masa nk tgok kat bcb tue… aku masih lepak kat umah selamatkan barang yg td pagi rasa dh selamat… bapak aku letak atas siling umah… tempat paling tinggi dalam umah aku tue… tv tinggi la gak kat atas rak ciptaan bapak aku yang setinggi 2 meter dr aras lantai umah aku… peh… nyesal plak beli tv yg agak besar nie… susah nak selamatkan… berat tak hingat… nak patah tulang belakang aku…

kul 3 ptg… trak askor sampai punggah mangsa banjir… kat stesen bas kluang… aku dan bapak aku masih main air kat umah… dan tolong2 rumah jiran… tgok surau tempat aku tue… surau pun masuk air… giler arr… banjir thn 2003 dulu tak seteruk nie… memang tahap ajaib ar… lol…

kul 6 ptg… bapak aku memberi keputusan pindah dengan tindakan mandotori… beg pakaian aku dh ready dh… dh lama ready coz aku nie bila2 boleh kena halau dr rumah…lol… sauk beg terus gerak jln kaki nak pi sekolah SKKM kat atas bukit… tp… nasib baik ade trak askor yg ade buat kutipan mangsa banjir nie lalu… dpt la naik trak… kami berdua naik n terus dihantar ke Dewan Raya kg Melayu… 2 b continue

Comments 8 Comments »

Salam…
Setelah sekian lama aku menetap di rumah tanpa aktiviti-aktiviti yang menarik… akhirnya pada 19 Okt 2006 aku telah berjaya melayakkan diri utk bersama ahli-ahli RJP lain di lembah selatan dalam satu majlis keraian yang sangat mencetuskan seribu jenis persepsi dan perasaan…

kesemua ahli RJP dari lembah selatan iaitu aku, en. bui, abg leman, master caen, dan saudara palie sudi meluangkan masa utk bersama dlm majlis tersebut… Majlis berbuka puasa telah berlangsung di sebuah tempat yang jauh dari pandangn mata rakyat lembah kelang…

Tungku Impian telah menjadi pusat pengumpulan kami dengan saudara Palie sebagai tuan rumah yang menaja tempat pengumpulan… saudara palie juga dgn hati yang ikhlas telah membawa beberapa orang bunga bg menghiasi meja makan kami… majlis di dahului dgn bacaan doa dari En. Bui merangkap penganjur majlis berbuka puasa ini… tepat jam 1945… ahli RJP meneruskan dgn aktiviti kerohanian yang berlangsung di Masjid Taman Universiti… Selepas menunaikan solat Isyak berjemaah… solat tarawih juga tidak dilupa… aktiviti seterusnya merupakan aktiviti berkunjung (tabligh) dari satu area ke satu area… membincangkan isu-isu terkini…seperti kehidupan masyarakat kini yg materialistik… cara hidup… hubungan lelaki dan wanita dan sebagainya…

bagi mengakhiri majlis yang sungguh murni ini… kami seterusnya p makan morih kat salah satu tempat yang sentiasa terbuka utk masyarakat setempat… di sana kami masih tidak membuang byk waktu hanya dgn bermenung… kami meneruskan dgn perbincangan bagi aktiviti yang akan berlangsung di PD… RJP 2006… majlis berakhir dgn marhaban bersama mawi… dan tamat pada jam 1 pagi 20 Okt 2006…

menerusi majlis ini… aku tlah dpt menyimpulkan… bahawa aktiviti ini perlu diteruskan pada masa akan datang bagi memelihara hubungan silaturahim… seterusnya meghasilkan modal insan yang kini sedang diseru oleh pihak kerajaan…

sekian terima kasih

Comments No Comments »